Just Want To Make Friends :)

Wednesday, August 24, 2011

Sakit Tangan

ARRGGHHH!! tidak2 . .
Sakit dari bahu sampai ke siku . .umangai . .sakit giler . .sume nie pasal kao . . apasal la kao
sampai aty buat aku camni . . aku cuma pukul kao sikit jew . .kao balas kat kesakitan yang melampao ..
aku pown sakit jugax buat kao camtu , tapi aku pon sakit jugax . .ini yang kao balas kat aku . .
tengok ar . .aku bg tau mak aku . .hahahaha (cam budax2) . . membe2 aku yang lain gaknyer
pukul dyer uw . .tape2 ad ubi ada batas,ada ari aku balas . .jaga kao !! korang sume mesti tecengang-
cengangkan . .hahaha . .
nie sume pasal permainan nie la bahu aku sakit sangat . .hehehe
NASIB BAIK MAIN SERONOK,KALO X AKU DA PECAHKAN KAO > >

Tuesday, August 23, 2011

3 PEMAIN SKUAD OLIMPIK MALAYSIA BAKAL BERAKSI BERSAMA VION ZLATE MORAVCE DI LIGA CORGON SLOVAKIA





Tiga tonggak skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah ditawarkan kontrak sebagai pemain pinjaman pasukan kelab Vion Zlate Moravce di Liga Corgon Slovakia iaitu liga utama di Slovakia yang mempunyai pasukan seperti FC Nitra, MSK Zilina yang berjaya menempatkan diri di Liga Juara -Juara Eropah 2010/2011 & lain - lain. Sebagai permulaan, mereka akan menyertai kelab tersebut selama tiga bulan hingga November depan.

Mereka bertiga juga mungkin berpeluang untuk beraksi dalam Liga Europa atau Liga Juara - Juara Eropah kerana juara Liga Corgon Slovakia dapat beraksi dalam playoff merebut tempat ke Liga Juara - Juara Eropah, manakala pasukan kedua dan ketiga layak untuk beraksi dalam Liga Europa.
Aksi cemerlang mereka sepanjang siri perlawanan persahabatan skuad Olimpik di Slovakia ketika ini telah menarik minat kelab yang menjadi lokasi pangkalan skuad negara sepanjang sebulan di sana. Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, urusan pinjaman ketiga-tiga pemain Harimau Muda A itu kini sedang diselesaikan dan apabila sudah dimuktamadkan, Wan Zack Haikal, Irfan Fazail dan Fadhli Shas tidak akan dapat pulang berhari raya pada tahun ini. "Saya harap ketiga-tiga pemain ini akan membuka lembaran baru agar lebih ramai lagi pemain kita dapat beraksi di liga sekitar Eropah. Walaupun liga utama Slovakia ini kurang prestij jika dibandingkan dengan Liga Perdana England akan tetapi ia tetap mempunyai kualiti yang baik. Biarlah pemain kita bermula di Slovakia dan kita berharap mereka ini membuktikan dahulu kemampuan di sini sebelum berfikir jauh untuk beraksi di liga lebih ternama," kata Kim Swee.

Selepas enam perlawanan, Vion kini menduduki tangga ketiga Liga Corgon dengan tiga kemenangan, dua seri dan sekali tewas, hanya dua mata di belakang pendahulu, Slovan Bratislava yang beraksi pada playoff Liga Europa.


Wan Zack, 20, yang beraksi di posisi sayap merupakan penjaring terbanyak skuad Olimpik selepas lima aksi persahabatan di Slovakia dengan menjaringkan tiga gol. Irfan, 20, pula yang beraksi sebagai penyerang kedua atau pemain tengah menyerang telah menjaringkan satu gol, manakala Fadhli, 20, yang juga pemain kebangsaan beraksi di posisi pertahanan tengah. Mereka bagaimanapun akan tetap diberi pelepasan untuk beraksi pada Kelayakan Olimpik 2012 dan Sukan SEA 2011, November depan.

Dalam pada itu, Kim Swee mahu menjadikan dua perlawanan terakhir di Slovakia bertemu kelab Liga Corgon, FC Nitra malam ini dan kelab Liga 1 Slovakia, Slovan Levice malam esok sebagai medan memilih 25 pemain bagi menghadapi Jepun, 21 September depan.

"Saya akan menggunakan dua set pemain berbeza. Nitra kini di tangga kedua Liga Corgon dan baik untuk kita mengenal pasti kekuatan dan kelemahan. Saya akan turunkan skuad utama dan selebihnya akan beraksi menentang Levice. Daripada 30 pelatih ketika ini, saya akan umumkan senarai akhir 25 pelatih sebaik tamat perlawanan menentang Levice dan sebelum kita berlepas pulang pada Sabtu ini," jelas Kim Swee.



*Sumber Kosmo